Sejarah Penubuhan Sekolah

Sek. Keb. Mentuan ditubuhkan pada tahun 1931, di atas tapak seluas 30 x 120 kaki persegi. Pengasas sekolah ini ialah Tuan Haji Ahmad bin Awang, Imam Surau Kampung Binjai. Guru Besar pertama ialah Tuan Haji Hussain bin Saad...

TAHUN 1931 Sekolah Kebangsaan Mentuan mula diwujudkan di atas tapak seluas 30x120 kali persegi. Pengasas sekolah ini ialah Tuan Haji Ahmad bin Awang, Imam Surau Kampung Binjai.

Tapak bangunan ini telah dihadiahkan oleh beliau. Bangunan pertama hanya merupakan bangsal dan didirikan secara bergotong- royong oleh orang-orang kampung Mentuan dan Binjai. Tenaga pengajar hanya 2 orang.

TAHUN 1938. Bagi menampung pertambahan pelajar, bangunan kedua didirikan di atas tapak seluas 30x137 kaki persegi, Dibina oleh Pejabat Kerjaya Daerah Bachok.

TAHUN 1951. Dibina dua buah bangunan. Bangunan A, seluas 20x160 kaki persegi dan menempatkan pelajar lelaki sahaja. Dibina secara gotong royong oleh penduduk setempat.

Bangunan B dibina seluas 20x160 kaki dan menempatkan pelajar perempuan. Bangunan ini dibina dengan bantuan Pejabat Pelajaran Negeri.


TAHUN 1957. Dibina dua bangunan . Bangunan A - PWD 83, keluasan 20x240 kaki persegi. Bangunan B -PWD B83, keluasan 20x240 kaki persegi. AAAwal tahun 70an, bangunan tambahan dibina.

TAHUN 1985. Bangunan yang ada hari ini, batu asasnya disempurnakan oleh bekas Menteri Besar Kelantan, YAB. Tan Sri Mohamad bin Yaakob pada 20 Sept. 1985 dan juga merupakan bekas pelajar SK Mentuan. Perasmian bangunan sekarang telah disempurnakan oleh YAB. Datuk Seri Anwar bin Ibrahim (SSAP), bekas Timbalan Perdana Menteri, pada Sabtu, 26 Mac 1994.

TAHUN 2008. Bangunan Satu Tingkat yang menempatkan Kelas Satu sekarang dirasmikan oleh Yg Amat Berusaha Tn. Hj Ismail bin Mohd Nor (PSK, AMN, ASK) Pengarah Pelajaran Kelantan pada hari Isnin 28 April 2008 M bersamaan 21 Rabiul Akhir 1429 H.