Profil Sekolah

Visi Sekolah

PENDIDIKAN BERKUALITI, INSAN TERDIDIK, NEGARA SEJAHTERA


Misi Sekolah

MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA



Lencana Sekolah



Tafsiran

Warna merah;
Melambangkan keberanian dan ketabahan dalam mengadapi cabaran dunia
masa kini dan juga bersedia menghadapi persaingan dalam mengejar ilmu
pengetahuan.

Warna Kuning;
Pendidikan yang diberi bukan sahaja ilmu duniawi malah ilmu akhirat juga diberi penekanan.

Warna Biru;
Perpaduan dan kerjasama antara semua pihak dalam menangani masalah pendidikan semasa.

Warna Puteh;
Kesucian dari segi jasmani dan rohani.

Arca Kijang;
Merupakan simbol bagi negeri Kelantan.

Rantai Bertaut;
Merupakan perpaduan antara semua pihak memajukan dan mengatasi sebarang masalah.

Lima Gelang;
Penekanan bukan sahaja diberi dalam bidang akademik, malah bidang ko-kurikulum juga diambil berat.


Bendera Sekolah




Tafsiran Bendera Sekolah

Warna Putih;
Pada latar belakang merupakan perjuangan yang murni demi mendidik pelajar.

Merah dan Biru Tua;
Merupakan dua dari warna asas yang terdapat pada lencana/logo sekolah.


Lagu Sekolah

Di sini berdiri megah
Tempat ku bersekolah
Ku menimba ilmu,
tak rasa jemu
Harapan ayah ibu

Kami bulatkan azam
Di Sekolah Mentuan
Tingkatkan usaha,
capai cita-cita
Kelak tak menderita

Chorus:Ilmu yang dicari
Guru dihormati
Sekolah disayangi
Disiplin dipatuhi
Tingkatkan usaha,
capai cita-cita
Hidup tak kan keciwa


Piagam Pelanggan

PERKHIDMATAN CEKAP, BERKUALITI, MESRA DAN PENYAYANG

* Anak didik adalah pelanggang utama kami

* Sentiasa mengadakan usaha untuk melahirkan anak didik yang cemerlang dalam segala bidang

* Memastikan setiap anak didik deberi perhatian dan mendapatkan pendedahan yag seluas-seluasnya

* Menentukan segala bentuk interaksi antara masyarakat sekolah ini dijalankan secara sopan dan penuh hikmah

* Berganding bahu dengan seluruh anggota masyarakat sekolah dan warga pendidik lain untuk menebus maruah yang tercicir

* Melahirkan perkhimatan tiada kecacatan dan pendidikan penyayang

* Memastikan segala usaha pendidikan ini mendapat keredhaan di dunia dan di akhirat



Sejarah Sekolah SK Mentuan

Sek. Keb. Mentuan ditubuhkan pada tahun 1931, di atas tapak seluas 30 x 120 kaki persegi. Pengasas sekolah ini ialah Tuan Haji Ahmad bin Awang, Imam Surau Kampung Binjai. Guru Besar pertama ialah Tuan Haji Hussain bin Saad...

TAHUN 1931 Sekolah Kebangsaan Mentuan mula diwujudkan di atas tapak seluas 30x120 kali persegi. Pengasas sekolah ini ialah Tuan Haji Ahmad bin Awang, Imam Surau Kampung Binjai. Tapak bangunan ini telah dihadiahkan oleh beliau. Bangunan pertama hanya merupakan bangsal dan didirikan secara bergotong- royong oleh orang-orang kampung Mentuan dan Binjai. Tenaga pengajar hanya 2 orang.

TAHUN 1938. Bagi menampung pertambahan pelajar, bangunan kedua didirikan di atas tapak seluas 30x137 kaki persegi, Dibina oleh Pejabat Kerjaya Daerah Bachok.

TAHUN 1951. Dibina dua buah bangunan. Bangunan A, seluas 20x160 kaki persegi dan menempatkan pelajar lelaki sahaja. Dibina secara gotong royong oleh penduduk setempat. Bangunan B dibina seluas 20x160 kaki dan menempatkan pelajar perempuan. Bangunan ini dibina dengan bantuan Pejabat Pelajaran Negeri.

TAHUN 1957. Dibina dua bangunan . Bangunan A - PWD 83, keluasan 20x240 kaki persegi. Bangunan B -PWD B83, keluasan 20x240 kaki persegi. AAAwal tahun 70an, bangunan tambahan dibina.

TAHUN 1985. Bangunan yang ada hari ini, batu asasnya disempurnakan oleh bekas Menteri Besar Kelantan, YAB. Tan Sri Mohamad bin Yaakob pada 20 Sept. 1985 dan juga merupakan bekas pelajar SK Mentuan.

Perasmian bangunan sekarang telah disempurnakan oleh YAB. Datuk Seri Anwar bin Ibrahim (SSAP), bekas Timbalan Perdana Menteri, pada Sabtu, 26 Mac 1994.

TAHUN 2008. Bangunan Satu Tingkat yang menempatkan Kelas Satu sekarang dirasmikan oleh Yg Amat Berusaha Tn. Hj Ismail bin Mohd Nor (PSK, AMN, ASK) Pengarah Pelajaran Kelantan pada hari Isnin 28 April 2008 M bersamaan 21 Rabiul Akhir 1429 H.