Profil Sekolah

Bendera Sekolah



Tafsiran Bendera Sekolah


 Warna Putih;     
Pada latar belakang merupakan perjuangan yang murni demi mendidik  pelajar.

Merah dan Biru Tua;
Merupakan dua dari warna asas yang terdapat pada lencana/logo sekolah.



 Lagu Sekolah:

Di sini berdiri megahTempat ku bersekolahKu menimba ilmu, tak rasa jemuHarapan ayah ibu
Kami bulatkan azamDi Sekolah MentuanTingkatkan usaha, capai cita-citaKelak tak menderita
Chorus:Ilmu yang dicariGuru dihormatiSekolah disayangiDisiplin dipatuhiTingkatkan usaha, capai cita-citaHidup tak kan keciwa




Lencana Sekolah




Tafsiran

Warna merah;
Melambangkan keberanian dan ketabahan dalam mengadapi cabaran dunia  
masa kini dan juga bersedia menghadapi persaingan dalam mengejar ilmu  
pengetahuan.

Warna Kuning; 
Pendidikan yang diberi bukan sahaja ilmu duniawi malah ilmu akhirat juga diberi penekanan.

Warna Biru;
Perpaduan dan kerjasama antara semua pihak dalam menangani masalah pendidikan semasa.

Warna Puteh;
Kesucian dari segi jasmani dan rohani.

Arca Kijang;
Merupakan simbol bagi negeri Kelantan.

Rantai Bertaut;
Merupakan perpaduan antara semua pihak memajukan dan mengatasi sebarang masalah.

Lima Gelang;
Penekanan bukan sahaja diberi dalam bidang akademik, malah bidang ko-kurikulum juga diambil berat.


Misi Sekolah

Memberi Pendidikan yang terbaik dan Ilmu yang benara-benar sesuai dengan fitrah murni manusia serta dapat dijadikan panduan hidup kepada anak didik agar mereka menjadi insan yang cemerlang dalam bidang akademik, ko-kurikulum dan akhlak (insaniah), bagi memenuhi aspirasi dan negara selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Negara dan Wawasan 2020.

Piagam Pelanggan

PERKHIDMATAN CEKAP, BERKUALITI, MESRA DAN PENYAYANG
* Anak didik adalah pelanggang utama kami
* Sentiasa mengadakan usaha untuk melahirkan anak didik yang cemerlang dalam segala bidang
* Memastikan setiap anak didik deberi perhatian dan mendapatkan pendedahan yag seluas-seluasnya
* Menentukan segala bentuk interaksi antara masyarakat sekolah ini dijalankan secara sopan dan penuh hikmah
* Berganding bahu dengan seluruh anggota masyarakat sekolah dan warga pendidik lain untuk menebus maruah yang tercicir
* Melahirkan perkhimatan tiada kecacatan dan pendidikan penyayang
* Memastikan segala usaha pendidikan ini mendapat keredhaan di dunia dan di akhirat


 

Visi Sekolah

Mewujudkan sebuah Institusi Pendidikan yang maju, Proaktif, Dinamik, Liberal dan Toleransi yang berasaskan kepada Muafakat dan Musyawarah dan cemerlang menjelang 2015.

 

Sejarah Sekolah SK Mentuan

Sek. Keb. Mentuan ditubuhkan pada tahun 1931, di atas tapak seluas 30 x 120 kaki persegi. Pengasas sekolah ini ialah Tuan Haji Ahmad bin Awang, Imam Surau Kampung Binjai. Guru Besar pertama ialah Tuan Haji Hussain bin Saad... 

TAHUN 1931 Sekolah Kebangsaan Mentuan mula diwujudkan di atas tapak seluas 30x120 kali persegi. Pengasas sekolah ini ialah Tuan Haji Ahmad bin Awang, Imam Surau Kampung Binjai. Tapak bangunan ini telah dihadiahkan oleh beliau. Bangunan pertama hanya merupakan bangsal dan didirikan secara bergotong- royong oleh orang-orang kampung Mentuan dan Binjai. Tenaga pengajar hanya 2 orang.

TAHUN 1938. Bagi menampung pertambahan pelajar, bangunan kedua didirikan di atas tapak seluas 30x137 kaki persegi, Dibina oleh Pejabat Kerjaya Daerah Bachok.

TAHUN 1951. Dibina dua buah bangunan. Bangunan A, seluas 20x160 kaki persegi dan menempatkan pelajar lelaki sahaja. Dibina secara gotong royong oleh penduduk setempat. Bangunan B dibina seluas 20x160 kaki dan menempatkan pelajar perempuan. Bangunan ini dibina dengan bantuan Pejabat Pelajaran Negeri.

TAHUN 1957. Dibina dua bangunan . Bangunan A - PWD 83, keluasan 20x240 kaki persegi. Bangunan B -PWD B83, keluasan 20x240 kaki persegi. AAAwal tahun 70an, bangunan tambahan dibina.

TAHUN 1985. Bangunan yang ada hari ini, batu asasnya disempurnakan oleh bekas Menteri Besar Kelantan, YAB. Tan Sri Mohamad bin Yaakob pada 20 Sept. 1985 dan juga merupakan bekas pelajar SK Mentuan.
Perasmian bangunan sekarang telah disempurnakan oleh YAB. Datuk Seri Anwar bin Ibrahim (SSAP), bekas Timbalan Perdana Menteri, pada Sabtu, 26 Mac 1994.